Monday, April 21, 2014

Maaf suamiku!!!

Semalam harijadi suamiku yang ke 35 tahun..namun demi menepati janjiku pada diriku sendiri, aku tak wish dia langsung. Aku tak lupa, mustahil untuk aku lupa. Tapi pengalaman setahun dulu (24 April 2013) masih terlalu segar di ingatan. Aku pasti dia dia dah lupa. Dah 2 hari dia call aku sengaja tak pick-up. Cepat sungguh masa berlalu kan. Setahun lalu dia kantoi curang. Aku sabar. Aku bagi dia peluang kedua. Tapi dia sia-siakan peluang tu. Penghujung November, dia buat hal lagi. Nak jumpa betina tu lagi. Buat apa? Nak goodbye kiss? Tahap kesabaran aku diuji lagi dan kali ini, aku nekad tinggalkan dia, tinggalkan rumah dan segala-gala yg aku sayang. Yang penting masa depan anak-anak aku. Namun, selepas 5 bulan, dia masih menyalahkan aku atas semua perkara yang terjadi. Dia kata aku punca dia cari perempuan lain. Aku punca dia buat maksiat. Aku punca dia pinjam Ah Long. Segala-galanya kesalahan terletak di bahuku. Aku masih mampu bersabar. Bila orang tanya, bagaimana masa depan aku, aku sendiri tak mampu nak jawab. Yang penting sekarang aku nak lunaskan tanggungjawab sebagai ibu. Aku tak mahu jadi ibu yang gagal, walaupun ternyata aku telah gagal sebagai isteri. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah. Aku sendiri tak pasti, adakah aku mampu untuk kembali kepada suamiku. Kekadang aku rasa, aku dah hilang rasa hormat padanya. Dah hilang rasa percaya. Jadi bagaiman nak meneruskan kehidupan dengan orang yang kita tak percaya? Aku cuma minta dia jujur. Aku dah kata dia akan jadi papa kedana kalau dia tipu aku lagi. Namun dia buat juga. Dia tetap tipu aku. Jadi, wajarkah aku beri dia peluang untuk kesekian kalinya kalau dia masih gagal mengembalikan kepercayaan aku padanya? Selain sikap munafik dan suka menipu, dia masih tegar suka berhutang dan takde rasa kesal dengan hutang keliling pinggang. Malah, sikap suka lewat membayar hutang sehingga ada tunggakkan pun masih kekal. Katalah apa saja, baik hutang kereta, hutang bil telefon, hutang internet hingga hutang kad kredit semuanya ada tunggakkan paling kecil sebulan dan paling besar entah berapa tahun lewat bayar! Sikap tak mahu menyimpan kerana prinsip dia "kalau tak dpt hidup hari ini, macamana nak hidup esok" membuatkan dia takde saving langsung. Selama ini, setiap kali dia tak dpt claim, aku dengan murah hati keluarkan semua simpanan yang ada sampai pernah satu ketika, 1 sen pun takde dalam akaun bank aku demi menyelamatkan dia dari dikejar bank. Sejak aku tinggalkan dia, sudah 2 kali dia buat perangai claim tak masuk. Itu baru 5 bulan. Bayangkan 8 tahun kami hidup bersama sebelum ni? Bila kami bertengkar, dia persoalkan adakah aku isteri yang baik, sentiasa kemas rumah dan jaga anak-anak. Sampai di tahap itu, aku rasa maruah aku dah habis dipijak2. Sudahlah dengan betina tu, dia burukkan aku, katanya aku ni tahap makan kat warung, tak reti nak bergaya pakai mahal2, tak reti nak makan di hotel. Oh suamiku, layakkan kau mendapat gelaran suami mithali? Jam dah menunjukkan pukul 11.50 malam. Aku dah mengantuk, tapi aku rasa puas dapat meluahkan di sini. Kalau bercerita dengan mak, pasti aku jugak yang kena bebel. Aku nak mengadu pada Allah dalam solat, namun period kali ni panjang sgt nampaknya. Harap2 esok selepas hari ke 12 aku dah mampu menunaikan solat. Hingga rasa rindu hendak mengaji Al-Quran. Oh ya, aku ada minta dia bayar dulu duit Ah Long tu dan bayar lewat duit pada aku, tapi nampaknya itu pun dia tak mampu nak lunaskan. Ketara benar dia tak ambil endah amaranku, jadi kali ini maaflah, kau takkan jumpa anak-anak.