Sunday, October 2, 2022
Pink Oct 2022
Join kursus Pink Oct 2022..
Time ni la..ada jer org kacau..staff baru lapor diri..
Pastu org msg report tak update..sbb aku lupa nk download database..ari ni dah masuk bulan baru..berlari jap balik ofis.. tgh jalan jumpa cc..dia nk pi sek ank dia..
Lucky draw..aku dpt hadiah utk sesi yg awal..mcm tak percaya..tp yg tak best En Afif yg bagi hadiah..oh man..
Saturday, October 1, 2022
Accident 1 Oct 2022
Cerita semlm..Lucas kesayanganku tu accident dgn moto Cina tua kat roundabout Rompin..aiyaa..aku bawa Cina tu pi klinik desa Rompin..luka sikit kat kaki ngn lutut.. pastu aku bagi dia RM100 untuk betulkan moto dia (side mirror jer patah) dan pampasan kecederaan.. nasib baik ada cash masa tu.. Allahuakbar..
Balik singgah beli tealive utk Nina kat Gemas..kebetulan ada parking..
Thursday, September 22, 2022
3R campaign
Pagi ni Wati amik off pagi, gi sek anak dia hari terbuka..kak Zal pun sama cuma dia keluar kul 10pg.. aku buat keje mcm biasa, tak byk sgt borak dgn cc.. tapi mood dia nampak dah makin okey.bila aku tanya dia still jawab.. takdelah buat muka cencorot mcm 2 hari lepas.. yg kesiannya kawan2 akulah si Wati dgn Bullah kena tempias marah dia tu..
lepas balik dari cafe, Wati ajak aku amik pallete lagi dari HDU..semlm dah amik 1, so si ppk Farhan dah bg greenlight utk kitorg amik jer.. dia nak tambah lagi 1..aku dah kata jgn paksa aku angkat benda tu, tapi mengenangkan kawan, aku tolong juga.. sengal kat tangan dah terasa ni tau..sampai ofis cc kata, aku tak suruh Wati yg nak.. geram jer dengar..
lepas tu si Darishana Ho tu dok mengadu jari dia tak boleh thumbprint lagi, cc kata biar dia jumpa aku sekolahkan dia..last2 dia kata bagi kad laa..suruh aku pi buat.. aku geram jer dengar org cakap tak serupa bikin ni tau..mana konon2 nak garang sgt tu?
Ptg lepas habis keje kul 4, Keluar dgn Wati, Yana dan Nana ank Wati..gi Kipmart basuh keta RM15, sambil tu makan kat Pallete cafe rm20.40..mkn grill chicken chop dgn bandung laici jer..tp mknannnya sedaplaa..licin aku.mkn.. Wati pun puji burgernya sedap.. cuma si Yana yg asyik ckp mknn kat Dreambakers lagi sedap..
Yana kenalah jadi pendengar masalah kami ni yg geram dgn perangai cc.. entah kenapa org tua tu agaknya..sampai Yana kata betul kot dah nak monopause..terfikir gak aku..mungkin jugak..tu angin puting beliung tak menentu tu..
kalau ikut pandangan aku suasana kat Pallete Cafe ni lagi best dari kat Dream Bakers sebab kat sana tu mcm gelap semcm jer aku rasa.. tapi ye lah citarasa org kan lain2.. best ada kwn2 nk mencuba mkn2 mcm ni..
Pastu jln pi Watson jap beli ubat gigi, berus gigi (RM8++) tak dpt nk cari yg RM4 mcm yg sblm ni..micellar water garnier yg kecik dgn tisu basah Argan oil..balik rumah baru terasa mahalnya harga tisu tu..tengok balik resit rupanya harga asal dia 14.90, dpt diskaun rm5..dptlah rm10 ..mmm..
dlm 5.45pm aku gerak balik dgn harapan sempat amik Nina..alhamdulillahtp nk kena rushing jugak lagi sebab aku belum solat asar..Nina tanya kenapa mama tak solat lagi? pelik dia..
sampai umah..mak citer beli ikan merah ikan mayong (kerat), ikan bawal dgn bawal cermin..habis duit rm50 tu plus mak tambah lagi tak cukup.. baru terasa sgtkan kenaikan inflasi..
Thursday, September 15, 2022
Farewell Dr Hazwan, dr Zaim, En azahar ICT
Ari ni majlis farewell utk Dr Hazwan uki, Dr Zaim xray & En Azahar..
Cc cuti..dia suruh aku dgn Wati uruskan part mknn jer..bhgn lain dia tak kasi..aku pelik jugak sbb biasanya kitorg incharge segala2nya..
Kak Zal jer jadik gadis dulang..
Menu diorg suruh aku fikir..so aku pilih nasi putih, spicy korean chicken, Ain nk tambah sambal belacan..pastu boss En Afif mengada2 taknk nasi putih..mulanya aku malas nk ikut...tp dah cc asyik ulang jer..aku mintak Ain tukar nasi Ayam.. ayamnya special..
Aku melawanlah ckp cc..aku taknk buffet..2 dome utk vip..yg lain bungkus..dia nk buffet aku tak layan..lantaklah..
Majlis kalau ikut tentatif pukul 11.30pg..so seawal 11pg kitorg dah ada kat situ..tup2 kak Zal bgtau..invitation dlm group hod pukul 12tgh..aku tgk kad tu..eh itu design aku..woii cilok idea org..aku wassap cc ...
Cc tak reply..pastu aku fikir balik, bukan en Afif yg buat ni..confirm cc..mesti dia segan..
Alhamdulillah..yg lain smooth kecuali peramusaji si Faizah dgn Faida..tatau nk buat apa π..
Kak Zam dgn Halimah tukang sambut dulang..lantak pi lah ..kali ni memang aku tukang tengok jer dari belakang..
Dah pukul 1, lapar ni..last2 Wati kata, kita amiklah bawak balik mkn..aku capai 1 lagi utk En Jalil..Wati amik utk ank dia..pastu blah..
Overall aku rasa majlis okey..cuma kesian Cik Azmira takde yg tolong..dia angkut mknn tu dgn porter..aku pun tatau porter dpt ke tak ..sbb tak sanggup nk tunggu..Wati nk rushing gi amik Nana balik asrama ..
Conclusionnya aku rasa cc takde pun ok dah..tak rasa kehilangan pun ..so dia dah boleh berambus kalau nk sangatlah kan..
Cc Nad kata, dia buat perangai lama la tu..asal ada majlis, dia hilang..oh gitu rupanya peel dia..pastu nk salahkan org lain jer..
Cc Maz pulak acah2 busy..time tulah nk pakai baju blouse dgn seluar..nk gotong royong..menjajau cari kunci stor Lupus ..tak paham aku dgn diorg ni..tak boleh teamwork langsung..
Balik ofis, tengok2 ada banyak borang hijau tempahan makanan tu atas meja.. aiseyman..diorg ni tak boleh laa nk tgk aku senang kan.. masa tu aku sorg2 kat ofis.. Bullah amik time off..Wati belum sampai lagi.. huru haralah aku sorg2 kan..
melayankan Dr Yus Adilah yg order mcm2..pening jugak..dia nak pegi kursus Awareness Akre tapi rupa2nya kursus tu pagi tadi..hahaha
Thursday, September 8, 2022
A'Famosa Resort
Cuti sekolah seminggu, asalnya takde plan nak bercuti. Bila Nina asyik tanya, kita tak pegi mana2 ke mama? Mama terus decide amik cuti hari Khamis. Kakak kata boring main kolam air tak gerak, jadi mama google cari kat mana yg ada air bergerak (bergelombang, ada ombak). Nak pi air terjun mcm seriau pulak sebab musim hujan. Nak pi pantai, sayang muka tak mau sunburn..hahaha..Akhirnya booking terus condo kat website afamosa.com.
Cerita Holiday trip 2 hari 1 malam kami ke A Famosa Resort
Condo D'Savoy, A'Famosa Resort, Melaka
Check In: 8/9/2022
Check Out: 9/9/2022
Booking: website A'Famosa Resort
Rate: RM465 (tak termasuk RM2 - Cukai Warisan; tax pelancongan untuk Negeri Melaka jer)
Room Type: 1 Room Apartment - Free Breakfast (4 person) & Water Themepark entrance tickets (4 persons)
ada kolam renang. Yg penting ada wifi sbb ank2 semua bawa gadget masing2..tak sedar Nina bawak samsung tab dgn laptop mama sekali
π€©ππππΌππΌππΌ
Booking process ⭐⭐⭐⭐
- Melalui website.
- Kena buat bayaran penuh terus ye dan tak boleh refund. Dah bayar baru terfikir mana nk dpt ticket Waterpark tu, pastu hantar email..alhamdulillah esoknya diorg reply.
Soalan: masuk waterpark 8 atau 9hb? Sbb check in katanya pukul 4pm, so dah ptg, pagi buat apa? Bila diorg respon boleh pilih nak pegi salah satu tarikh, syukur dah
Check In ⭐⭐⭐
Proses check in sgt mudah..masa tu dlm 11 lebih kami sampai..
- Nasib saya baik, tak perlu menunggu lama pun. Bagi booking details/IC (upon requested) dan bayaran RM2 untuk cukai pelancongan tu.
- Kalau ada nak add on untuk breakfast dan any special request, boleh tanya dekat front desk.
dia tanya nak tiket Safari atau Water Themepark, ofcourse pilih Themepark, dapat voucher utk tiket dan breakfast, lepas tu dia bgtau dah boleh checkin terus sbb bilik dah siap..alhamdulillah..
- naik kereta semula untuk ke bangunan condo Block 4, dapat bilik kat Tingkat 20 (Condo tu ada 22 tingkat), so memang cantik la view dia..
Check Out ⭐⭐⭐⭐⭐
- Check out (12pm): Cuma perlu pulangkan access card, FO key in nombor bilik dekat sistem, setel. Kurang dari 5 minit.
Parking ⭐⭐⭐⭐⭐
- Parking banyak, depan apartment ada, parking bertingkat pun ada.
- Free for guest. Tak perlu validate pun.
- Cumanya setiap kali masuk/keluar dari kawasan A'Famosa, semua pelawat akan diberi pass di pondok sekuriti, dan perlu pulangkan semula bila keluar.
**kisah kami, mlm nk keluar dinner, guard tanya mana parking kad, cari2 tak jumpa..patah balik pi condo cari..pun tak jumpa..call ank2 suruh cari dlm keta, rupanya jatuh terselit kat tepi driver seat..salah mama la tu..kad tu besar, tak leh masuk hp slot..itu pasal cicir..
Bilik ⭐⭐⭐⭐⭐
- Bilik jenis apartment 1 bilik ada balkoni. 2 katil queen sesuai utk kami 4 org 1 family
- Memang luas macam sebuah rumah lengkap berperabot.
- Bilik bersih, katil empuk.
- Ada almari dan hanger ,iron, iron board, hairdyer, water heater
- Peti keselamatan di dalam wardrobe
- Dalam apartment ni tak boleh memasak ye. Jadinya memang kawasan dapur tu kosong, cuma ada tabletop, sinki dan kabinet sahaja.
- Ada minibar counter, keetle, mini fridge.
- Disediakan sekali air minuman sebanyak 2 botol, uncang teh dan kopi, gula, creamer, gelas, cawan, sudu teh.
- Ada meja makan 4 seater.
- Ada 2 seater sofa.
- Ada TV bersiaran, cumanya tak pasti Astro atau Njoi sebab malam tu kami tengok movie dekat TV.
- Meja make up/membaca di setiap bilik.
- Telefon di ruang tamu
- Ada sejadah disediakan tapi tak jumpa tanda arah kiblat, jadi guna apps cari kiblat
- Aircond
- View apartment menghadap ke arah swimming pool
Bilik air ⭐⭐⭐⭐⭐
- Luas, bersih.
- Ada water heater untuk mandi air sejuk/panas.
- Provided with basic amenities: sabun mandi ketul 2x, syampu, sabun mandi cecair, shower caps 2x, gelas berkumur.
- towels
- Water flow semua ok, no issue, takda sumbat/air bertakung.
Lift ⭐⭐⭐⭐⭐
- Ada 3 lift untuk guests.
- Lift tak besar pun, dalam lift boleh masuk 4-6 orang.
Wifi ⭐⭐⭐⭐
- Username dan password diberi bersama kad akses.
- Coverage di handphone kira acceptable lagi, connect di laptop slow sangat² ye 1 bar je line. π
Access nearby ⭐⭐⭐⭐⭐
- Sebab dalam kawasan A'Famosa Resort tak ada kedai serbaneka/mini market, jadi kalau nak beli apa² kena keluar dari kawasan resort.
- Boleh diakses dalam 5minit ke 10 minit perjalanan jarak memandu sahaja.
- Freeport A'Famosa dalam 5 minit. Petang lepas check in keluar cuci mata dan poket dekat Freeport. π
- Restoran/kedai² makan dalam 5 ke 10 minit. Malam² tapaw makanan di kedai luar makan di apartment sahaja.
- Ada juga delivery service masuk sampai dalam kawasan resort, ada nampak Dominos Pizza, FoodPanda.
- Petronas/kedai serbaneka 7-Eleven dalam 10 minit.
- Guest House, Waterpark dan Safari Wonderland dalam 5 - 10 minit minit juga.
Swimming pool ⭐⭐⭐⭐⭐
- Sebab ambil slot sarapan lambat, bangun awal pagi tu bawa anak² mandi kolam sekejap. Tak pasti buka pukul berapa sebab dari bilik Master boleh nampak kawasan kolam dan lobi dekat bawah, dalam pukul 8 macam tu baru ada orang.
- Ada kolam kanak² dan dewasa. Tapi yang dewasa tu pun rasanya kedalaman dia biasa sahaja sebab ada nampak budak² dalam umur sekolah menengah mandi hanya sampai di paras dada sahaja.
- Ada bilik tukar juga pakaian dekat sini.
Breakfast ⭐⭐⭐⭐⭐
- Waktu untuk sarapan 7-10am.
- Breakfast di Guest/Club House, kena memandu juga sebab A'Famosa ni teramat luas kawasannya. π
- Ada indoor dan outdoor seatings. Kami pilih untuk duduk makan di dalam sebab ruangan berpenghawa dingin.
- Pilihan makanan ok, tak banyak sangat menu, tapi sedap dan mengenyangkan.
- Makanan tak pernah kosong, always on refill kalau habis.
- Menu utama ialah nasi lemak panas with condiments, kari ayam, mee goreng, sosej, baked beans, buah-buahan, cereals with milk, breads and pastries, porride with condiments, egg station - ada omellete, pancake station.
- Free flow drinks ada air kosong, jus oren, teh, kopi.
- So far semua yang kami makan sedap² dan memuaskan. πππΌ
Staff ⭐⭐⭐⭐⭐
- Staff memang sangat helpful dan peramah, baik daripada receptionist, security guards, front office, waterpark staffs.
π― Overall, semuanya ok
Saturday, July 16, 2022
Luahan Hati 16 julai 2022
Ari ni aku tiba2 teringat blog2 yg pernah aku bina sebelum ni.. perasaan tgh berkecamuk, perut tgh memulas sbb tgh heavy period, hati pun mcm tak keruan..so aku kembali menulis..
blog yg guna nama sebenar aku tu nampak suci betul..sebaagai penjawat awam, aku taknk laa declare benda2 yg tak sepatutnya..jadi aku decide nk guna blog ni..lagipun yg ni takde follower..so p&c sikit..
oh ya sebelum lupa..oleh sebab blog ni dah bersawang lama.. jadi cerita kat sni tak connected.. ada lost years in between..
now.. aku dah selesa bertugas sebagai Pembantu Tadbir di sebuah hospital.. dah nak masuk tahun yg ke 6 tau..dari 1 Nov 2016 until now.. how time flies.. namun byk sgt cerita suka duka yg aku harung selama 6 tahun ni..dari cerita happy, sedih, happy and now entahlaa..aku just ikut flow...
mula2 bertugas, aku masuk unit HR.. aku suka keje aku walaupun beban keje too much.. dan aku hairan kenapa org lain boleh relax2 tapi keje aku stress..masa tu jaga sistem HRMIS.but i like.. my babies.. suddenly ada minah ni tiba2 rampas segala2nya dari aku..2019 i lost everything to her.. mula2 sedih..then abg aku bawa aku pi umrah dgn percuma..alhamdulillah..memang rezeki yg aku tak sangka..but aku positif..lepas ni ada benda baik akan berlaku..balik umrah, aku kena incharge Housemen..aku dapat dlm keadaan kacau bilau..but i manage them very well then aku dapat support dari cc Saharudin.. aku rasa okey.. lepastu dia kena tukar unit Admin..dia ajak aku dgn Wati ikut dia.. i just follow him without thinking much..
masuk Admin yg huru hara jugak, kami berjaya selesaikan surat2 yg berumpul 3 tahun tak filing.. but team yg bagus.. aku berjaya settlekan nya..namun betullah kata org, benda best takkan bertahan lama.. dalam kami struggle dgn boss ptd yg berat sebelah.. cc apply nak naik pangkat ke N26.. walaupunn tak happy, tapi apa kuasa kami nak melarang? tu masa depan dia.. then kami pun slowly try to let him go..kami yg masih di sini kena belajar berdikari without him kan?
entah angin apa.. tiba2 cc dingin dgn aku.. sebelum ni suka gelak2..tiba2 diam wat muka cencurut..aku tak paham ni kenapa? tapi aku rasa sgt puncanya dari aku ni, bukan org lain.. after 3 days, aku wassap dia mintak maaf walaupun aku tatau apa salah aku.. dia kata walaupun aku kata kpi aku gaduh 3 hari, dia tak mcm tu.. thenn dia janji nk citer..so aku tunggulah dia luahkan.. aiseyman..dia nangis lagi..rupa2nya dia kecik hati dgn aku, then dia selalu pujuk hati dia, dia mengalahlaa..puncanya? sbb aku layan Kamarul MA Ent tu..whatt? Dia tau tak aku dgn Kamarul tu dah kawan lagi lama drpd aku kenal dia?
rupanya ada backsite story..dia dgn Kamarul musuh ketat lama..so apa salah aku?go thru all his story, dia ni memang selalu ada masalah salah faham dgn org lain..cc kata dia rasa kecewa sbb aku org yg dia percaya.. dia tanya aku, ko tau kenapa aku pilih ko pegang tabung Admin? sbb aku percaya ko..aku anggap ko lebih daripada seorg kawan..ko sahabat aku..hah?dia kata ko tengok mata aku ni, alamak..air mata dia bergenang la wei..dia amik tisu lap air mata dia..huhu..serba salah aku dibuatnya..
apa yg aku tau, dia ambik berat sgt pasal aku lebih daripada staf2 yg lain kat Admin tu.. kadang2 dia gurau2 nk panggil aku sayang..aku tak heran pun..bukan dia sorang yg panggil aku sayang kat ofis tu..aku ni nak anggap dia mcm abg jer..sbb kebetulan dia dgn abg aku sebaya..
***************************************************************************************************************************************
https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00087424&lang=ms
Gaduh lagi
Rabu, lepas solat zuhur, aku decide nk face to face depan cc.. semlm dlm wassap dia dah janji nak citer apa masalah kan..
Semlm..dia kata nk indent Hati❤.. nk ganti hati aku..aku jwb hatiku hancur berkeping2..
Turun bawah, cun..takde sape2..so aku amik draft buku program tu, bawak ke meja dia.. aku tanya dia, semlm janji nk luah kan..dia tanya aku dah bersedia ke? Aku kata tak sgt, tapi aku cuba lah..
Time baru nk ckp, ada jer org lalu..aish kacau daun betullah..
Last2 dia cerita..aku cuba mendengar dgn hati terbuka..
Akhirnya, terluahlah segala cerita.. memang betul puncanya dari surat tu.. dari cerita yg aku dpt hadam, cc ni jealous dgn hub aku dgn sesiapa yg dia tak berkenan.. dlm erti kata dia sayang aku lebih dari sekadar kwn..dia kata dia anggap aku ni sebg sahabat yg tau isi hati dia.. so bila aku lawan apa dia ckp ari tu, dia rasa aku khianati dia..
Dia rasa aku sok sek dgn Bullah pasal dia..seriouslaa..memang pun haha..
Sunday, July 3, 2022
Nina demam
Hari ni Nina tak sihat..mulanya rasa malas nk masuk ofis lmbt, tp mak bising ckp takkan nk suruh Nina pegi sek dgn keadaan mcm tu?
Aku tenung Nina, then aku decide nk bawak dia pegi Klinik Azzu, sambil amik injection influenza mcm kakak ..
Aku wassap cc..dia kata ok. Sampai BG 8.15pg .sekali baca kat depan klinik 8 30pg bqru bukak .tunggu jap dlm keta.. bila masuk, diorg ckp tunggu sekejap sbb Doktor masuk pukul 9..
Ada seorg makcik dtg lepas tu, katanya sakit pinggang..pastu dia tanya soalan paling aku tak gemar...mana ayahnya? Dtg bawak keta sendiri ke? Ayahnya kat mana? Adoiilaa makcik..lepas tu mula dia merepek cerita pasal ank dia lah..menantu dialah..haish..
Nina dpt mc 2 hari..mlm ni bdn dia panas lagi..
Habis semua dlm kul 10 balik rumah..sempat belikan laksa utk Nina dgn mak..sampai ofis pukul 11.02pg.. sepatah pun cc tak menegur . menyampahnya...
Waktu rehat, aku ajk Wati gi kantin..pjg ler luahan perasaan aku..
Lepas rehat, aku masuk blik fail.. borak dgn Emi..dari dia menangis...sampai dia ketawa.. .oklaa kesian kwn aku nih..
Pastu Isma wassap pasal mkn ...deal ngn Ain...harga naik utk menu nasi hujan panas, nasi ayam.. terpaksa lah aku wassap cc tu..
Sbb taknk ckp dgn dia, dia masih reply kalau aku wassap pun dah kira okey.. settle masalah..
Tp nk hadap ari2 esok tu, naik menyampah juga..
Since aku susah nk lelap mlm ni, aku harap cc pun sama tak boley tido..aku akan menghantui mu..hahaha. setan betullah..
Aku kadang confused dgn dia ni.. dia mcm over amik berat + sayang kat aku.. tp tak boleh .. haram beb.. aku tau Wati dgn Bullah perasan.. dan dia pun stressed bila tak boleh usik aku.. sampai bila agaknya dia nk kunci mulut dia?
Toxic environment at work somehow...
Thursday, June 30, 2022
Perang kat ofis
Pukul 3.33pagi.. aku dah tak boleh nk tido..otak aku berputar2 fikir entah hapa2..
Semua cc Din punya pasal.. pagi semlm 30 Jun, masa aku mula2 sampai ofis, dia kata lepas ni semua org yg nk print color kena report kat dia dulu, aku kata oklah.. nk kena rekod ke? Sbb selalunya yg print color byk2 tu dgn dia..kalau dgn aku cuma sehelai 2 jer selalunya..
Pastu aku tanya mana surat yg Ent hantar pasal nk.pinjam bougie dilator tu? Dia kata dlm bilik kak Zal..yg aku punya salinan, dia kata patut hantar ke mak lampir... aku ckp surat tu salinan utk aku sebenarnya..pastu cc taknk terima, dia kata salah tak ikut flow lah apalah..aku ckp sbb surat tu urgent nk ambik brg..
Pada aku nothinglah..then aku perasan dia moody tak mcm selalu..taknk borak dgn aku..taknk gelak2..aish..org tua ni..adalah tu yg dia sentap.. aku tanya Bullah..ada apa2 ke?
Cc keluar pukul 11 lebih, katanya pegi sek Convent. Aku tanya ada mesy pibg ke? Dia kata tgk ank dia sukan..oklah..
Then, masa lepas solat Zuhur, aku tanya Faida..ada apa2 ke berlaku semlm? Faida kata mcm takde pape..yp pelik cc Din balik lewat entah dari mana..lepas pukul 5 dia ada lagi kat ofis..
Lepas lunch hour, tgk cc masuk tp muka masih ketat lagi..ada ke org tgk sukan muka mcm tu? Heran aku..aku kemas fail..bg clear meja..balik keje mcm biasalah..botol air tertinggal pulak..nk patah balik malas pulak mikir nk bertembung dgn cc..so aku balik terus..
Call Najwa jap..dia tanya nk singgah Bakers Cottage tak? Aku kata malas...tkde mood nk gi Bandar.. aku janji ngn dia lain kalilah.. tapi balik tu aku singgah 99 bkt kepong..mula tatau nk beli apa..tp lepas tu..beli yogurt, aiskrim , burger, ayam, mee kuning..vjt C..habis dekat rm80 gak..hmm..
Ptg, scroll status wasap, terbaca status sentap cc..aku tgk pukul 7.40pg dia hantar...mak aiii.. aku citer2 ngn Wati..pastu terlintas crita pasal Squidward sakit hati dgn Spongebob..
Mcm kena betul dgn kisah cc ni..aku fwd kat Wati...Wati suruh aku tanya cc..pastu aku fwd kat cc..barulah dia reply..
Dia akhirnya bg hint2..so aku pun mintak maap utk legakan hati dia..tp dia still bg ayat2 mkn dalam..tak move on lagi org tua ni..
Puncanya pasal surat ent tu je..aku pun dah bgtau MA Kamarul dgn Mr Syafiq.. tp kenapa dia masih tak puas hati eh?
Betullah..kalau dia sentap dgn Bullah ke, dgn Remy ke, dia cerita dgn aku..dah sentap dgn aku, dia nk cerita dgn siapa? Hihihi..
Kat mulut kata suruh abaikan..tp dlm hati simpan pendam perasaan..susah betul deal dgn ank no 2 ni, over sensitif..
Thursday, March 31, 2022
Meeting tergempar Unit Admin
Pagi ni mood baik walau dah lmbt nk gi sek..sempat selfie dgn dak Nina depan rumah..
Sampai ofis 8.08 minit π€£..pastu tgk Wati bad mood.. biasalah tak puashati dgn En Remy.. aku ckp..pegilah report kat En Afif tu..aku dgn Bullah pun dah semlm.. biar nmpk masalah tu betul2 serious..
Aku ni bukan apa..aku tak cukup kuat kalau fight sorg2..tambah pulak ni isu PO..so lagi elok PO yg utarakan masalah ni..
Pi mkn2 dulu..then lepas mkn Wati gi report.. waktu lunch hour kuar jap gi guardian beli bedak..biasalah aku..brg dah hancur2 pun masih pakai..tgk ada diskaun 50%..belilah dulu..rugi tak grab..
Balik ofis, aku gi amik wudhuk..terserempak dgn Fiqa..aku ckp jom Fiqa kita gi jumpa En Afif ramai2.. aku ckp dgn cc, biar kita 1 unit jumpa..jgn dia sorg2..nanti dia stress kena blame..
Alhamdulillah plan menjadi..En Afif setuju..so kitorg masuk bilik kak Zal.. memang cantik sbb Pengarah takde, Dr Prathibha pun tak masuk..
Mula2 cc open mukadimah..dia ckplah apa yg dia rasa..dia lepaskan semua yg dia rasa tak puashati..dari kes En Remy, pasal stor, pasal Zarif sampailah pasal En Afif tak adil berat sebelah..
Then En Afif tanya En Remy..dia senyap jer takde jawapan..kami ni punyalah tunggu sampai mcm2 solution keluar..sampai dah pukul 4 masa tu.. aku ckp aku nk balik, rumah jauh ni.. last2 dia mengaku dia malas keje..semua tu dia bohong..En Afif nmpk dah geram, dia ugut nk keluarkan gaji dari payroll.. dia mintak semua dokumen..surat cerai, sirat beranak, kad tca..kalau bukti tak dpt..memang kena tindakanlah..
Settle part tu.. bila dia ulas pasal Uppa tu.. pasal stor.. dia mengaku lah dia rapat..tp dia cuba nk adil.. ok..then aku mencelah..cerita pasal masalah fail.. then pasal kertas tak cukup utk rezo.. lepas luah semua tu..rasa lega sgt..at least boss tau apa masalah..
Thursday, March 17, 2022
Byar yuran sek pagi Nina
Ari ni mcm2 kat fikiran..pagi2 gi bayar yuran Nina..mujur masih Cg Roslina jadi guru kelas
Ambil buku dgn fail peribadi kakak sekali..terkejut tgk dlm fail..sejak bila pulak Najwa ni jadi Pengerusi Kekab Catur dan Kelab Bahasa? Patutlah tinggi markah pajsk dia..8.51
Cc dtg kat meja aku ckp, Nani lama kita tak jumpa ye..aku ckp baru cuti sehari..dia ko cuti, lepas tu aku pulak cuti.. takpe kita layan jer boss nk flirting2 ni..dia pun tak lama dah kat sini..
Sedih gaklah tapi semua ada kehidupan masing2 kan? Life must goes on..
Saturday, March 12, 2022
PRN Johor
Hari ni Pilihanraya Negeri Johor..aku bertugas sbg petugas kkm kat SK Paya Jakas, bawah Dun Jementah..bertugas dgn Fauzi Wari, MA Dewan Bedah (OT)..
Mcm2 pengalaman..sejak hari taklimat..ambil brg utk Khemah Bergejala..ulang alik hantar claim mileage kat Majlis Perbandaran Segamat, kaunter 6 yg jaga Dun Jementah..
sehari sblm tu, Farid dtg amik ank2 bawak ke JB .legalah jugak sbb aku akan busy bertugas..ni pun rasa tgn mcm nk tercabut..
Saturday, February 19, 2022
Potong gelang
Kecewa..semlm.susah nk tido fikir mcm2..ari ni semangat wat swab test sbb ingat nk.potong gelang..sekali Cg Roslina bg info, kena gi potong esok sbb pic oncall takde kat KK..adehh..
Pagi pulak.hujan.
Bermalasanlah aku main hp..sedar2 dah 11.45pg..mak kata rasa nk.mkn bubur..oklah kita on ajer..tapkink.isi apa? Aku masukkan fishball dgn tauhu yg tinggal 1 tu..
Pastu potong ayam kecik2, goreng kunyit, buat kangkung tumis cili sikit..kangkung besar yg mak beli dgn zarif tu..keras sikit daunnya..Nina tak bape suka..
Sambil tu wassap cc Din, bgtau esok masuk lambat sikit..kena gi potong gelang pagi2lah gamaknya..
Scroll2 group beli belah kg ni, ternmpk iklan Ayu mak Syakirah..ada extra kek snowy cheese tu..nmpk sedap..oklah aku beli 2..satu coklat base..lepas zuhur dia hantar, dapat free corndog x4, katanya Syakirah bagi utk Najwa..alhamdulillah rezeki..
Sedap juga mkn kek petang2, tp muak takleh habis sekali mkn..simpan separuh dulu..
Thursday, February 17, 2022
Pakej Penjagaan Covid (PPC) Keluarga Malaysia
Postman datang, mak tanya ada beli apa2 ke? Aku ckp takde ..rupanya bantuan Pakej Penjagaan Covid (ppc) dari program #keluargaMalaysia..alhamdulillah .
Tuesday, February 15, 2022
Menu kuarantin
Hari pertama kuarantin
13/2 breakfast mee tikus, mlm nasi
14/2 spagetti carbonara, mlm maggi asam laksa
15/2 breakfast nasi goreng, milo
16/2 breakfast meehoon tomyam, lunch nasi +ayam segera, telur dadar mlm bubur isi kentang + fishball
17/2 breakfast lempeng, tghari ayam goreng, asam pedas tongkol, kangkung tumis mlm nasi pattaya + nugget
18/2 breakfast mee goreng mamak, lunch sup kaki ayam, ayam goreng
Monday, February 14, 2022
Nina demam -contact rapat
Hari ke3 kuarantin.. betul mcm jangkaan kkm, contact rapat yg terjangkit mula tunjuk gejala
14/2- mlm..Nina start demam..aku dah gelabah sbb dia tak boleh nk telan panadol..mulanya aku paksa telan..tak jadi..aku tumbuk dgn lesung..suruh dia minum air panadol tu campur madu sket.. tuam kepala dgn ais..pastu dia nk mintak coolfever..2, 3 kali bgn nak kencing sbb aku suruh minum air..
15/2- pagi kul 6, dia kata dah tak rasa sejuk..tapi aku rasa badan dia panas..aku geledah gerobok hijau..jumpa ubat demam Naurah tahun 2017..seram pulak nk bagi..sekali terjumpa ubat demam syrup Nina sendiri, expired date Sep 2022..Ya Allah rezeki..terus bg Nina 5ml..
Ni aku kejut dia solat subuh, pastu nk suruh mandi utk kurangkan panas badan tu..bila ank yg kecik kena..aku tak kira dah..tawakkal je tapi sku berjaga2 pakai mask..Ya Allah mohon kuatkan imun badan aku utk jaga ank2..
Beli online : test kit saliva x7
Coolfever x12
Friday, January 7, 2022
Kakak 1st Period
Ari ni..lepas maghrib..kakak tiba2 tanya..mama..is this period? Omg..yes..
Tomorrow is her 13th birthday..and she got her period today..what a bless..I am so glad its happened at home..atleast i can tell her what to do.. by the way i am also in my period day..
Subscribe to:
Posts (Atom)



