Thursday, September 22, 2022
3R campaign
Pagi ni Wati amik off pagi, gi sek anak dia hari terbuka..kak Zal pun sama cuma dia keluar kul 10pg.. aku buat keje mcm biasa, tak byk sgt borak dgn cc.. tapi mood dia nampak dah makin okey.bila aku tanya dia still jawab.. takdelah buat muka cencorot mcm 2 hari lepas.. yg kesiannya kawan2 akulah si Wati dgn Bullah kena tempias marah dia tu..
lepas balik dari cafe, Wati ajak aku amik pallete lagi dari HDU..semlm dah amik 1, so si ppk Farhan dah bg greenlight utk kitorg amik jer.. dia nak tambah lagi 1..aku dah kata jgn paksa aku angkat benda tu, tapi mengenangkan kawan, aku tolong juga.. sengal kat tangan dah terasa ni tau..sampai ofis cc kata, aku tak suruh Wati yg nak.. geram jer dengar..
lepas tu si Darishana Ho tu dok mengadu jari dia tak boleh thumbprint lagi, cc kata biar dia jumpa aku sekolahkan dia..last2 dia kata bagi kad laa..suruh aku pi buat.. aku geram jer dengar org cakap tak serupa bikin ni tau..mana konon2 nak garang sgt tu?
Ptg lepas habis keje kul 4, Keluar dgn Wati, Yana dan Nana ank Wati..gi Kipmart basuh keta RM15, sambil tu makan kat Pallete cafe rm20.40..mkn grill chicken chop dgn bandung laici jer..tp mknannnya sedaplaa..licin aku.mkn.. Wati pun puji burgernya sedap.. cuma si Yana yg asyik ckp mknn kat Dreambakers lagi sedap..
Yana kenalah jadi pendengar masalah kami ni yg geram dgn perangai cc.. entah kenapa org tua tu agaknya..sampai Yana kata betul kot dah nak monopause..terfikir gak aku..mungkin jugak..tu angin puting beliung tak menentu tu..
kalau ikut pandangan aku suasana kat Pallete Cafe ni lagi best dari kat Dream Bakers sebab kat sana tu mcm gelap semcm jer aku rasa.. tapi ye lah citarasa org kan lain2.. best ada kwn2 nk mencuba mkn2 mcm ni..
Pastu jln pi Watson jap beli ubat gigi, berus gigi (RM8++) tak dpt nk cari yg RM4 mcm yg sblm ni..micellar water garnier yg kecik dgn tisu basah Argan oil..balik rumah baru terasa mahalnya harga tisu tu..tengok balik resit rupanya harga asal dia 14.90, dpt diskaun rm5..dptlah rm10 ..mmm..
dlm 5.45pm aku gerak balik dgn harapan sempat amik Nina..alhamdulillahtp nk kena rushing jugak lagi sebab aku belum solat asar..Nina tanya kenapa mama tak solat lagi? pelik dia..
sampai umah..mak citer beli ikan merah ikan mayong (kerat), ikan bawal dgn bawal cermin..habis duit rm50 tu plus mak tambah lagi tak cukup.. baru terasa sgtkan kenaikan inflasi..
Thursday, September 15, 2022
Farewell Dr Hazwan, dr Zaim, En azahar ICT
Ari ni majlis farewell utk Dr Hazwan uki, Dr Zaim xray & En Azahar..
Cc cuti..dia suruh aku dgn Wati uruskan part mknn jer..bhgn lain dia tak kasi..aku pelik jugak sbb biasanya kitorg incharge segala2nya..
Kak Zal jer jadik gadis dulang..
Menu diorg suruh aku fikir..so aku pilih nasi putih, spicy korean chicken, Ain nk tambah sambal belacan..pastu boss En Afif mengada2 taknk nasi putih..mulanya aku malas nk ikut...tp dah cc asyik ulang jer..aku mintak Ain tukar nasi Ayam.. ayamnya special..
Aku melawanlah ckp cc..aku taknk buffet..2 dome utk vip..yg lain bungkus..dia nk buffet aku tak layan..lantaklah..
Majlis kalau ikut tentatif pukul 11.30pg..so seawal 11pg kitorg dah ada kat situ..tup2 kak Zal bgtau..invitation dlm group hod pukul 12tgh..aku tgk kad tu..eh itu design aku..woii cilok idea org..aku wassap cc ...
Cc tak reply..pastu aku fikir balik, bukan en Afif yg buat ni..confirm cc..mesti dia segan..
Alhamdulillah..yg lain smooth kecuali peramusaji si Faizah dgn Faida..tatau nk buat apa π..
Kak Zam dgn Halimah tukang sambut dulang..lantak pi lah ..kali ni memang aku tukang tengok jer dari belakang..
Dah pukul 1, lapar ni..last2 Wati kata, kita amiklah bawak balik mkn..aku capai 1 lagi utk En Jalil..Wati amik utk ank dia..pastu blah..
Overall aku rasa majlis okey..cuma kesian Cik Azmira takde yg tolong..dia angkut mknn tu dgn porter..aku pun tatau porter dpt ke tak ..sbb tak sanggup nk tunggu..Wati nk rushing gi amik Nana balik asrama ..
Conclusionnya aku rasa cc takde pun ok dah..tak rasa kehilangan pun ..so dia dah boleh berambus kalau nk sangatlah kan..
Cc Nad kata, dia buat perangai lama la tu..asal ada majlis, dia hilang..oh gitu rupanya peel dia..pastu nk salahkan org lain jer..
Cc Maz pulak acah2 busy..time tulah nk pakai baju blouse dgn seluar..nk gotong royong..menjajau cari kunci stor Lupus ..tak paham aku dgn diorg ni..tak boleh teamwork langsung..
Balik ofis, tengok2 ada banyak borang hijau tempahan makanan tu atas meja.. aiseyman..diorg ni tak boleh laa nk tgk aku senang kan.. masa tu aku sorg2 kat ofis.. Bullah amik time off..Wati belum sampai lagi.. huru haralah aku sorg2 kan..
melayankan Dr Yus Adilah yg order mcm2..pening jugak..dia nak pegi kursus Awareness Akre tapi rupa2nya kursus tu pagi tadi..hahaha
Thursday, September 8, 2022
A'Famosa Resort
Cuti sekolah seminggu, asalnya takde plan nak bercuti. Bila Nina asyik tanya, kita tak pegi mana2 ke mama? Mama terus decide amik cuti hari Khamis. Kakak kata boring main kolam air tak gerak, jadi mama google cari kat mana yg ada air bergerak (bergelombang, ada ombak). Nak pi air terjun mcm seriau pulak sebab musim hujan. Nak pi pantai, sayang muka tak mau sunburn..hahaha..Akhirnya booking terus condo kat website afamosa.com.
Cerita Holiday trip 2 hari 1 malam kami ke A Famosa Resort
Condo D'Savoy, A'Famosa Resort, Melaka
Check In: 8/9/2022
Check Out: 9/9/2022
Booking: website A'Famosa Resort
Rate: RM465 (tak termasuk RM2 - Cukai Warisan; tax pelancongan untuk Negeri Melaka jer)
Room Type: 1 Room Apartment - Free Breakfast (4 person) & Water Themepark entrance tickets (4 persons)
ada kolam renang. Yg penting ada wifi sbb ank2 semua bawa gadget masing2..tak sedar Nina bawak samsung tab dgn laptop mama sekali
π€©ππππΌππΌππΌ
Booking process ⭐⭐⭐⭐
- Melalui website.
- Kena buat bayaran penuh terus ye dan tak boleh refund. Dah bayar baru terfikir mana nk dpt ticket Waterpark tu, pastu hantar email..alhamdulillah esoknya diorg reply.
Soalan: masuk waterpark 8 atau 9hb? Sbb check in katanya pukul 4pm, so dah ptg, pagi buat apa? Bila diorg respon boleh pilih nak pegi salah satu tarikh, syukur dah
Check In ⭐⭐⭐
Proses check in sgt mudah..masa tu dlm 11 lebih kami sampai..
- Nasib saya baik, tak perlu menunggu lama pun. Bagi booking details/IC (upon requested) dan bayaran RM2 untuk cukai pelancongan tu.
- Kalau ada nak add on untuk breakfast dan any special request, boleh tanya dekat front desk.
dia tanya nak tiket Safari atau Water Themepark, ofcourse pilih Themepark, dapat voucher utk tiket dan breakfast, lepas tu dia bgtau dah boleh checkin terus sbb bilik dah siap..alhamdulillah..
- naik kereta semula untuk ke bangunan condo Block 4, dapat bilik kat Tingkat 20 (Condo tu ada 22 tingkat), so memang cantik la view dia..
Check Out ⭐⭐⭐⭐⭐
- Check out (12pm): Cuma perlu pulangkan access card, FO key in nombor bilik dekat sistem, setel. Kurang dari 5 minit.
Parking ⭐⭐⭐⭐⭐
- Parking banyak, depan apartment ada, parking bertingkat pun ada.
- Free for guest. Tak perlu validate pun.
- Cumanya setiap kali masuk/keluar dari kawasan A'Famosa, semua pelawat akan diberi pass di pondok sekuriti, dan perlu pulangkan semula bila keluar.
**kisah kami, mlm nk keluar dinner, guard tanya mana parking kad, cari2 tak jumpa..patah balik pi condo cari..pun tak jumpa..call ank2 suruh cari dlm keta, rupanya jatuh terselit kat tepi driver seat..salah mama la tu..kad tu besar, tak leh masuk hp slot..itu pasal cicir..
Bilik ⭐⭐⭐⭐⭐
- Bilik jenis apartment 1 bilik ada balkoni. 2 katil queen sesuai utk kami 4 org 1 family
- Memang luas macam sebuah rumah lengkap berperabot.
- Bilik bersih, katil empuk.
- Ada almari dan hanger ,iron, iron board, hairdyer, water heater
- Peti keselamatan di dalam wardrobe
- Dalam apartment ni tak boleh memasak ye. Jadinya memang kawasan dapur tu kosong, cuma ada tabletop, sinki dan kabinet sahaja.
- Ada minibar counter, keetle, mini fridge.
- Disediakan sekali air minuman sebanyak 2 botol, uncang teh dan kopi, gula, creamer, gelas, cawan, sudu teh.
- Ada meja makan 4 seater.
- Ada 2 seater sofa.
- Ada TV bersiaran, cumanya tak pasti Astro atau Njoi sebab malam tu kami tengok movie dekat TV.
- Meja make up/membaca di setiap bilik.
- Telefon di ruang tamu
- Ada sejadah disediakan tapi tak jumpa tanda arah kiblat, jadi guna apps cari kiblat
- Aircond
- View apartment menghadap ke arah swimming pool
Bilik air ⭐⭐⭐⭐⭐
- Luas, bersih.
- Ada water heater untuk mandi air sejuk/panas.
- Provided with basic amenities: sabun mandi ketul 2x, syampu, sabun mandi cecair, shower caps 2x, gelas berkumur.
- towels
- Water flow semua ok, no issue, takda sumbat/air bertakung.
Lift ⭐⭐⭐⭐⭐
- Ada 3 lift untuk guests.
- Lift tak besar pun, dalam lift boleh masuk 4-6 orang.
Wifi ⭐⭐⭐⭐
- Username dan password diberi bersama kad akses.
- Coverage di handphone kira acceptable lagi, connect di laptop slow sangat² ye 1 bar je line. π
Access nearby ⭐⭐⭐⭐⭐
- Sebab dalam kawasan A'Famosa Resort tak ada kedai serbaneka/mini market, jadi kalau nak beli apa² kena keluar dari kawasan resort.
- Boleh diakses dalam 5minit ke 10 minit perjalanan jarak memandu sahaja.
- Freeport A'Famosa dalam 5 minit. Petang lepas check in keluar cuci mata dan poket dekat Freeport. π
- Restoran/kedai² makan dalam 5 ke 10 minit. Malam² tapaw makanan di kedai luar makan di apartment sahaja.
- Ada juga delivery service masuk sampai dalam kawasan resort, ada nampak Dominos Pizza, FoodPanda.
- Petronas/kedai serbaneka 7-Eleven dalam 10 minit.
- Guest House, Waterpark dan Safari Wonderland dalam 5 - 10 minit minit juga.
Swimming pool ⭐⭐⭐⭐⭐
- Sebab ambil slot sarapan lambat, bangun awal pagi tu bawa anak² mandi kolam sekejap. Tak pasti buka pukul berapa sebab dari bilik Master boleh nampak kawasan kolam dan lobi dekat bawah, dalam pukul 8 macam tu baru ada orang.
- Ada kolam kanak² dan dewasa. Tapi yang dewasa tu pun rasanya kedalaman dia biasa sahaja sebab ada nampak budak² dalam umur sekolah menengah mandi hanya sampai di paras dada sahaja.
- Ada bilik tukar juga pakaian dekat sini.
Breakfast ⭐⭐⭐⭐⭐
- Waktu untuk sarapan 7-10am.
- Breakfast di Guest/Club House, kena memandu juga sebab A'Famosa ni teramat luas kawasannya. π
- Ada indoor dan outdoor seatings. Kami pilih untuk duduk makan di dalam sebab ruangan berpenghawa dingin.
- Pilihan makanan ok, tak banyak sangat menu, tapi sedap dan mengenyangkan.
- Makanan tak pernah kosong, always on refill kalau habis.
- Menu utama ialah nasi lemak panas with condiments, kari ayam, mee goreng, sosej, baked beans, buah-buahan, cereals with milk, breads and pastries, porride with condiments, egg station - ada omellete, pancake station.
- Free flow drinks ada air kosong, jus oren, teh, kopi.
- So far semua yang kami makan sedap² dan memuaskan. πππΌ
Staff ⭐⭐⭐⭐⭐
- Staff memang sangat helpful dan peramah, baik daripada receptionist, security guards, front office, waterpark staffs.
π― Overall, semuanya ok
Subscribe to:
Posts (Atom)