Thursday, September 8, 2022

A'Famosa Resort

Cuti sekolah seminggu, asalnya takde plan nak bercuti. Bila Nina asyik tanya, kita tak pegi mana2 ke mama? Mama terus decide amik cuti hari Khamis. Kakak kata boring main kolam air tak gerak, jadi mama google cari kat mana yg ada air bergerak (bergelombang, ada ombak). Nak pi air terjun mcm seriau pulak sebab musim hujan. Nak pi pantai, sayang muka tak mau sunburn..hahaha..Akhirnya booking terus condo kat website afamosa.com. Cerita Holiday trip 2 hari 1 malam kami ke A Famosa Resort Condo D'Savoy, A'Famosa Resort, Melaka Check In: 8/9/2022 Check Out: 9/9/2022 Booking: website A'Famosa Resort Rate: RM465 (tak termasuk RM2 - Cukai Warisan; tax pelancongan untuk Negeri Melaka jer) Room Type: 1 Room Apartment - Free Breakfast (4 person) & Water Themepark entrance tickets (4 persons) ada kolam renang. Yg penting ada wifi sbb ank2 semua bawa gadget masing2..tak sedar Nina bawak samsung tab dgn laptop mama sekali πŸ€©πŸ˜ŽπŸ˜πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ Booking process ⭐⭐⭐⭐ - Melalui website. - Kena buat bayaran penuh terus ye dan tak boleh refund. Dah bayar baru terfikir mana nk dpt ticket Waterpark tu, pastu hantar email..alhamdulillah esoknya diorg reply. Soalan: masuk waterpark 8 atau 9hb? Sbb check in katanya pukul 4pm, so dah ptg, pagi buat apa? Bila diorg respon boleh pilih nak pegi salah satu tarikh, syukur dah Check In ⭐⭐⭐ Proses check in sgt mudah..masa tu dlm 11 lebih kami sampai.. - Nasib saya baik, tak perlu menunggu lama pun. Bagi booking details/IC (upon requested) dan bayaran RM2 untuk cukai pelancongan tu. - Kalau ada nak add on untuk breakfast dan any special request, boleh tanya dekat front desk. dia tanya nak tiket Safari atau Water Themepark, ofcourse pilih Themepark, dapat voucher utk tiket dan breakfast, lepas tu dia bgtau dah boleh checkin terus sbb bilik dah siap..alhamdulillah.. - naik kereta semula untuk ke bangunan condo Block 4, dapat bilik kat Tingkat 20 (Condo tu ada 22 tingkat), so memang cantik la view dia.. Check Out ⭐⭐⭐⭐⭐ - Check out (12pm): Cuma perlu pulangkan access card, FO key in nombor bilik dekat sistem, setel. Kurang dari 5 minit. Parking ⭐⭐⭐⭐⭐ - Parking banyak, depan apartment ada, parking bertingkat pun ada. - Free for guest. Tak perlu validate pun. - Cumanya setiap kali masuk/keluar dari kawasan A'Famosa, semua pelawat akan diberi pass di pondok sekuriti, dan perlu pulangkan semula bila keluar. **kisah kami, mlm nk keluar dinner, guard tanya mana parking kad, cari2 tak jumpa..patah balik pi condo cari..pun tak jumpa..call ank2 suruh cari dlm keta, rupanya jatuh terselit kat tepi driver seat..salah mama la tu..kad tu besar, tak leh masuk hp slot..itu pasal cicir.. Bilik ⭐⭐⭐⭐⭐ - Bilik jenis apartment 1 bilik ada balkoni. 2 katil queen sesuai utk kami 4 org 1 family - Memang luas macam sebuah rumah lengkap berperabot. - Bilik bersih, katil empuk. - Ada almari dan hanger ,iron, iron board, hairdyer, water heater - Peti keselamatan di dalam wardrobe - Dalam apartment ni tak boleh memasak ye. Jadinya memang kawasan dapur tu kosong, cuma ada tabletop, sinki dan kabinet sahaja. - Ada minibar counter, keetle, mini fridge. - Disediakan sekali air minuman sebanyak 2 botol, uncang teh dan kopi, gula, creamer, gelas, cawan, sudu teh. - Ada meja makan 4 seater. - Ada 2 seater sofa. - Ada TV bersiaran, cumanya tak pasti Astro atau Njoi sebab malam tu kami tengok movie dekat TV. - Meja make up/membaca di setiap bilik. - Telefon di ruang tamu - Ada sejadah disediakan tapi tak jumpa tanda arah kiblat, jadi guna apps cari kiblat - Aircond - View apartment menghadap ke arah swimming pool Bilik air ⭐⭐⭐⭐⭐ - Luas, bersih. - Ada water heater untuk mandi air sejuk/panas. - Provided with basic amenities: sabun mandi ketul 2x, syampu, sabun mandi cecair, shower caps 2x, gelas berkumur. - towels - Water flow semua ok, no issue, takda sumbat/air bertakung. Lift ⭐⭐⭐⭐⭐ - Ada 3 lift untuk guests. - Lift tak besar pun, dalam lift boleh masuk 4-6 orang. Wifi ⭐⭐⭐⭐ - Username dan password diberi bersama kad akses. - Coverage di handphone kira acceptable lagi, connect di laptop slow sangat² ye 1 bar je line. πŸ˜‚ Access nearby ⭐⭐⭐⭐⭐ - Sebab dalam kawasan A'Famosa Resort tak ada kedai serbaneka/mini market, jadi kalau nak beli apa² kena keluar dari kawasan resort. - Boleh diakses dalam 5minit ke 10 minit perjalanan jarak memandu sahaja. - Freeport A'Famosa dalam 5 minit. Petang lepas check in keluar cuci mata dan poket dekat Freeport. πŸ˜‚ - Restoran/kedai² makan dalam 5 ke 10 minit. Malam² tapaw makanan di kedai luar makan di apartment sahaja. - Ada juga delivery service masuk sampai dalam kawasan resort, ada nampak Dominos Pizza, FoodPanda. - Petronas/kedai serbaneka 7-Eleven dalam 10 minit. - Guest House, Waterpark dan Safari Wonderland dalam 5 - 10 minit minit juga. Swimming pool ⭐⭐⭐⭐⭐ - Sebab ambil slot sarapan lambat, bangun awal pagi tu bawa anak² mandi kolam sekejap. Tak pasti buka pukul berapa sebab dari bilik Master boleh nampak kawasan kolam dan lobi dekat bawah, dalam pukul 8 macam tu baru ada orang. - Ada kolam kanak² dan dewasa. Tapi yang dewasa tu pun rasanya kedalaman dia biasa sahaja sebab ada nampak budak² dalam umur sekolah menengah mandi hanya sampai di paras dada sahaja. - Ada bilik tukar juga pakaian dekat sini. Breakfast ⭐⭐⭐⭐⭐ - Waktu untuk sarapan 7-10am. - Breakfast di Guest/Club House, kena memandu juga sebab A'Famosa ni teramat luas kawasannya. πŸ˜… - Ada indoor dan outdoor seatings. Kami pilih untuk duduk makan di dalam sebab ruangan berpenghawa dingin. - Pilihan makanan ok, tak banyak sangat menu, tapi sedap dan mengenyangkan. - Makanan tak pernah kosong, always on refill kalau habis. - Menu utama ialah nasi lemak panas with condiments, kari ayam, mee goreng, sosej, baked beans, buah-buahan, cereals with milk, breads and pastries, porride with condiments, egg station - ada omellete, pancake station. - Free flow drinks ada air kosong, jus oren, teh, kopi. - So far semua yang kami makan sedap² dan memuaskan. πŸ˜ŽπŸ‘πŸΌ Staff ⭐⭐⭐⭐⭐ - Staff memang sangat helpful dan peramah, baik daripada receptionist, security guards, front office, waterpark staffs. πŸ’― Overall, semuanya ok

No comments: