Friday, March 24, 2023

1st Ramadhan 2023 (Khamis 23 Mac 2023)

Hari ni aku belum boleh puasa lagi.. period hari ke 6.. pagi2 mak dah suruh pi sapu garaj.. aku ikutkan jer.. daun2 tak banyak sgt pun.aku sapu sikit2 mana yg nampak sampai tengah laman.. lepas tu mak suurh aku pegi pasar.. dia dah tau orang yg jual ikan dgn sayur takkan datang, tapi nak suruh aku pegi semata2 nk beli ubat semut..sambil tu suruh isi minyak motor.. aku rasa sebenarnya itu jer yg penting mak nak suruh.. tapi aku ikutkan jer.. bawak juga duit nak beli ayam sekor.. sebelum tu gi singgah rumah Cik nah hantarkan telur masin yg mak kirim.. sampai2 pasar memang belum tak ramai yg menjual..tapi ramai ygdatang nak beli.semua pusing2 tengok takde benda.. aku round sekali lepas tu terus pi pasar kekal jual ayam tu.. tengok2 abg seri takde..dengarnya anaknya si Nasa terbabas pagi tu.. so ada abg dia sorg..baru nak sembelih ayam, baru nak rebus.. laalah tu kena sidai aku dgn si Nina ni.. sampai turn dalam pukul 11 rrasanya..terus aku beli 2 ekor dgn harga rm40.70.. yg peliknya sebelum tu ada sorg adik ni beli ayam sekor rm25.. pastu aku pujuk Nina.. petang ni kita keluarlah pegi Bazar kat Bukit Gambir.. kemain hepi dia.. macamana nak azam taknk beli kat bazar kalau mcm ni.. petang dlm 4.30ptg, lepas asar kitorg geraklah ke BG.. aku dah pesan siap2 dgn Nina..mama tatau ada tak org meniaga..kalau takde jgn kecewa tau..sbb baru 1st day.. dia kata ok.. tapi sampai2 tengok kereta dah banyak..confirm dah ada..cari parking pulak yg susah..sempatlah tawaf sekali naik keta.. aku nampak ayam percik, pastu chicken wing panggang..adehh dilemma nk beli yg mana.. semua nampak sedap nih.. dugaan walaupun aku ni tak pose..hihi..Nina pulak berkenan dgn air Green Tea.. aku ckp mama tatau sedap ke tak, tapi sebagai backup, kita belilah 1 air kelapa, kalau tak sedap sekurang2nya ada air lain..pastu Nina nak beli takoyaki, aku ikutkan jer walaupun bila tengok org tu buat..takde isi ketam sebenar pun..semua pakai crabstick, daging burger, alahai..nasib baik rasanya masih sedap..sebelum tu aku beli 2 keping murtabak daging dgn srang pakcik ni..RM5 sekeping..hean aku tengok takde org beli kat dia..aku dengar pakcik tu istigfar.. aku terasa mcm kedai dia dikelabui sbb akde org berenti beli.aish..perasaan jer kot..lepas tu aku nampak org beratur kat 2 lagi gerai murtabak yyg lain..kan ke heran tu? aku doa2 jerlaa harap2 murtabak dia sedap..alhamdulillah pada aku.. cuma mak komplen kuah karinya tak berapa sedap..pastu mak komplen kuah laksanya duri ikan besar2.. aku tak mkn sbb beli utk mak..tak sangka pulak mcm tu..total semlm habis kat bazar RM56.. aku tak regret sebab dapat gembirakan Nina pegi Bazar pun dah syukur..

No comments: